Sunday, October 25, 2020

Kritis dan tips reviu di Matrikulasi



 Untuk maklumat korang kat matrik ni banyak sangat makhluk ciptaan Tuhan dok menyinggah yelah dekat dengan hutan kelapa sawit . Jadinya memang banyak la serangga2 menjengah masuk menyelinap tingkap, tandas dan sebagainya. 

🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜

Yang paling popular bila masuk je akak2 senior akan cakap hati2 dengan semut  bernama Charlie .Semut ini memang berbisa ada lapisan berselang-seli merah hitam pada badan. Semut Charlie memang selalu dijumpai berdekatan dengan kelapa sawit jadinya kita tidak boleh nak buat apa2 dan hanya mengambil langkah berjaga-jaga pernah lah Rin nampak kat tandas. Memang tenung jelah semut tu ..Oh  ya semut ni jenis merayap ye... Charlie ni tak boleh bunuh macam tu je sebab ada cecair dalam badan dia yang boleh rangsang lebih banyak kawan2 dia untuk datang bak kata kak senior dulu2..Kena letak cellotape untuk matikan semut ni..Kalau dah kena gigit dengan Charlie jangan garu nanti tinggal parut hitam berlubang-lubang teruk nanti.. Cepat2 pergi hospital dan letak ubat. 


Sumber: Google 
 
Inilah semut charlie yang Rin cakapkan tu. Memang kulit boleh rosak kalau tidak dirawat dengan cepat. Jadi kalau ada terjumpa semut ni berhati-hatilahh...kebanyakan di tandas.. Masa mandi tu rajin2lah mata menari ke atas bawah yee..😟😟😟



Yang keduanya ialah lalat... Lalat ni kira paling femes la dekat KMS tau tapi ada satu tips Rin nak bagi untuk bunuh lalat... ade pernah cuba untuk bunuh dengan ubat nyamuk tapi tak mati2. Nak dijadikan cerita satu hari ni Rin bukak tingkap sebab bilik panas berkuap..Tengok lalat banyak masuk mungkin sebab sampah belum dikutip oleh lori sampah banyak lah lalat berlumba-lumba untuk masuk...Punya lah geram sampai Rin capai satu benda ni sembur kat lalat..Sekali lalat tu jatuh dan mati ..Terkejut gila lepas tu cuba lagi mati jugakk..Nak tau tak apa benda tu..Jawapannya.....adalah Febreze ..Febreze ni memang kena ada bila start duduk matrik nak hilangkan bau bilik yang panas tuu..

Selepas kejadian tu apa lagi nampak lalat terus tembak ahhaahhaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚. Tapi ada cara nak sembur tau masa lalat tu hinggap sekejap kat suatu tempat cepat2 tembak tauu huhuh..Satu lagi kene tembak (sembur) dekat2 kalau lalat tu asyik lari2 susah sikit..

Tapi Febreze ni serius berkesan dengan guna cara dekat atas... bukan kat matrik jee kat rumah pon boleh cuba memang kuat kimia Febreze ni..Rin guna Febreze Extra Strength berwarna biru memang fuhhh. Rin tak pernah pulak cuba semburan pewangi lain rasanya boleh kot...Tapi Rin pengguna setia guna Febreze je bukan je boleh hilangkan bau je,lalat pon boleh hilang huhuh happynya saya tapi kalau dah banyak sangat tu tutuplah tingkap ye..Ini sesuai buat lalat yang terperangkap dalam bilik jee..


Korang boleh cuba cari Febreze ni pasar raya terdekat... kasi promosi sikit πŸ‘„πŸ‘„πŸ‘„..banyak membantu ni


Sumber: Google

Ini adalah febreze yang Rin guna


🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜🐜


Setakat itu sahajalah perkongsian Rin ..Jumpa di next entry..
Assalamualaikum dan tata..πŸ™‹

Kehidupan Matrikulasi

Assalamualaikum semua. Ini adalah merupakan kali pertama Rin tulis kat blog. Tujuan sebenar Rin tulis blog disebabkan oleh tugasan kerja first year kat UKM oleh pensyarah Rin iaitu Puan Shazlinda.


Untuk kali ni Rin nak cerita pasal matrik last year..


Kalau semua nak tahu Rin belajar kat Kolej Matrikulasi Selangor(KMS) sesi 2019/2020 dalam jurusan perakaunan. Gembiralah jugak dapat dekat hehehe. Dengar je matrik mesti semua tertanya-tanya susah ke matrik ni. Jawapannya begitu subjektif. Kalau korang jenis susah nak faham dan lambat sikit nak masuk..Rin tak galakkan sebab takut terciduk hahah...Tapi kita kena sentiasa ingat susah-susah dahulu,senang-senang kemudian.

Dari matrik bermulalah kisah hidup anak muda yang mencabar gitu terutamanya dari segi kejar masa and dekat sini memang kena aktif tapi Rin cuma melibatkan diri dalam pertandingan tak delah ambik jawatan sana sini tapi kalau nak apa salahnya..kat matrik memang banyak sangat pengalaman dapat...mungkin sebab persediaan kita sebelum ke universiti kan. Matrik pon boleh jimat masa apa nanti dapatlah graduate awal. Paling seronok dapat elaun rm 250 hehe..Kebanyakan ramai yang dapat kecuali bagi yang betul2 kayalah hahahah. 

Mula-mula masuk tu ok lagi la lama2 tu belum sempat nak fahamkan topik tu dah masuk topik baru tapi jangan takut kena rajin bertanya pensyarah and buat latihan sesama kat bilik tuto, library yang ada buka malam2 .Aquila pon boleh tapi tula azab sikit takde kipas  sebab tempat semua penuh buat persediaan pembentangan. Dataran kosmik tempat lepak malam2 depan masjid kekadang tu rasa berdosa pulaπŸ˜“. Nama2 tempat ni korang akan familiar lah bila masuk sini nanti..

Matematik tambahan kita kena ada kalau nak masuk matrik. Syarat dia memang kena sekurang-kurangnya B tapi ada kawan Rin gred dia  D dapat masuk mungkin sebab keputusan SPM dia agak tinggi. Akhirnya dia dapat A untuk Matematik Sem 1 & 2..Ingat paling penting buat soalan klon dan hadamkan betul2. Nanti menyesal tak sudah😑😒😒😒😒.

Dengar cerita sejak Covid-19 ade yang tak boleh balik kan kesian korang.. Pastu KMS baru bina perkataan KMS( xtau panggil apa) untuk ambik gambar lepas keluar baru nak bina eh..Sedih betul takpelah tak ade rezeki katakan..

Cafe dia pon ok lah makanan nya paling sedap Cafe Orion kenapa eh asrama lelaki mesti sedap2 makanannya banyak pilihan menjadi tempat makan kebanyakan pensyarah.Tapi Rin selalu makan malam kat Cafe Carina dengan kawan.. nasi goreng kampung dia sedap oohh πŸ˜‹tapi tengok mood tukang masak dengan kemeriahan bahan mentahnya..πŸ’“πŸ’“


Inilah nasi dia lepas makan sedap terus snap hahahπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ’¦πŸ’¦



Ini pulak makanan western kat Cafe Lyra boleh cuba kalau masih adalahh




Permandangan kat sini pon cantik2 Rin paling suka awan kat Dataran Kosmik dan Surau As sufi..Subhanallah cantiknya..Rindunya..








Rin duduk bawah sekali dekat blok mira mmg panas sikit tak boleh buka tingkap nanti segala binatang masuk dekat je dengan rumah pengarah. Yang atas selalu sejuk2 je yelah bukak tingkapp..Angin kat atas lagi kuatkann..Awan kat sini pon cantik2 jugakkπŸ’—πŸŒ…πŸŒ„






Memang cantik2 semuanya..kalau nampak awan lain sikit memang akan snap cantik sangatt yelah sebagai kenangan..Setahun je kot matrik hmm..



Hari terakhir dengan kawan2 ritu pon huru-hara sikit bayangkanlah lagi lagi 2 minggu nak final exam. Tup-tup PKP terpaksa balik belajar je kat rumah extend exam lagi. Akhirnya, ambik markah PB je mase ambik barang pon tak boleh kumpul ramai2.Tapi takpelah setiap yang berlaku pasti berhikmah. 


Kesimpulannya,adik2 di luar sana kalau pilih matrik memang takkan menyesal sebab memang banyak sangat manfaat , kelebihan berbanding platform lain ."Struggle is real' .

Dengan itu, Assalamualaikum and tata.


p/s:macam best pulak bertype niπŸ˜ƒ




Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...