Untuk maklumat korang kat matrik ni banyak sangat makhluk ciptaan Tuhan dok menyinggah yelah dekat dengan hutan kelapa sawit . Jadinya memang banyak la serangga2 menjengah masuk menyelinap tingkap, tandas dan sebagainya.
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Yang paling popular bila masuk je akak2 senior akan cakap hati2 dengan semut bernama Charlie .Semut ini memang berbisa ada lapisan berselang-seli merah hitam pada badan. Semut Charlie memang selalu dijumpai berdekatan dengan kelapa sawit jadinya kita tidak boleh nak buat apa2 dan hanya mengambil langkah berjaga-jaga pernah lah Rin nampak kat tandas. Memang tenung jelah semut tu ..Oh ya semut ni jenis merayap ye... Charlie ni tak boleh bunuh macam tu je sebab ada cecair dalam badan dia yang boleh rangsang lebih banyak kawan2 dia untuk datang bak kata kak senior dulu2..Kena letak cellotape untuk matikan semut ni..Kalau dah kena gigit dengan Charlie jangan garu nanti tinggal parut hitam berlubang-lubang teruk nanti.. Cepat2 pergi hospital dan letak ubat.
Sumber: Google
Inilah semut charlie yang Rin cakapkan tu. Memang kulit boleh rosak kalau tidak dirawat dengan cepat. Jadi kalau ada terjumpa semut ni berhati-hatilahh...kebanyakan di tandas.. Masa mandi tu rajin2lah mata menari ke atas bawah yee..๐๐๐
Yang keduanya ialah lalat... Lalat ni kira paling femes la dekat KMS tau tapi ada satu tips Rin nak bagi untuk bunuh lalat... ade pernah cuba untuk bunuh dengan ubat nyamuk tapi tak mati2. Nak dijadikan cerita satu hari ni Rin bukak tingkap sebab bilik panas berkuap..Tengok lalat banyak masuk mungkin sebab sampah belum dikutip oleh lori sampah banyak lah lalat berlumba-lumba untuk masuk...Punya lah geram sampai Rin capai satu benda ni sembur kat lalat..Sekali lalat tu jatuh dan mati ..Terkejut gila lepas tu cuba lagi mati jugakk..Nak tau tak apa benda tu..Jawapannya.....adalah Febreze ..Febreze ni memang kena ada bila start duduk matrik nak hilangkan bau bilik yang panas tuu..
Selepas kejadian tu apa lagi nampak lalat terus tembak ahhaahha๐๐๐. Tapi ada cara nak sembur tau masa lalat tu hinggap sekejap kat suatu tempat cepat2 tembak tauu huhuh..Satu lagi kene tembak (sembur) dekat2 kalau lalat tu asyik lari2 susah sikit..
Tapi Febreze ni serius berkesan dengan guna cara dekat atas... bukan kat matrik jee kat rumah pon boleh cuba memang kuat kimia Febreze ni..Rin guna Febreze Extra Strength berwarna biru memang fuhhh. Rin tak pernah pulak cuba semburan pewangi lain rasanya boleh kot...Tapi Rin pengguna setia guna Febreze je bukan je boleh hilangkan bau je,lalat pon boleh hilang huhuh happynya saya tapi kalau dah banyak sangat tu tutuplah tingkap ye..Ini sesuai buat lalat yang terperangkap dalam bilik jee..
Korang boleh cuba cari Febreze ni pasar raya terdekat... kasi promosi sikit ๐๐๐..banyak membantu ni
Sumber: Google
Ini adalah febreze yang Rin guna
๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐
Setakat itu sahajalah perkongsian Rin ..Jumpa di next entry..
Assalamualaikum dan tata..๐
No comments:
Post a Comment