Monday, December 21, 2020

Reviu Makanan-Takoyaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣

Hari ini saya nak buat reviu makanan memandangkan sebelum ini reviu alat tulis. Hari ini masih dalam topik yang sama tetapi isi kandungan yang berbeza.

Jadinya, tumpuan reviu makanan kita adalah makanan berasal dari Jepun yang juga terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai "takoyaki" berbentuk seperti bebola dan pelbagai isi di dalam diletakkan mengikut kreativii dan  citarasa masing-masing beserta dengan "fish flakes, sos takoyaki dengan sos mayonis. Namun sekarang telah dipelbagaikan rasanya di pasaran. 

Pada permulaannya, pertama kali cuba rasa takoyaki ni, tiada keinginan pun untuk menambah tetapi selepas lama-kelamaan dah boleh terbiasa dengan rasa takoyaki ni sebab rasanya cepat muak dengan tak pedas. Rasa tekak melayu mesti nak pedas-pedas sikit baru boleh masuk 😋😋😋. 

Alkisahnya, baru-baru ini adalah beli takoyaki dari Tako Hangat. Di sini, terdapat 3 perisa yang ditunjukkan dalam Foodpanda dekat kedai tidak pasti menunya yang lain bagaimana. Tapi kalau berminat boleh la cari kat Google kedai Tako Hangat ni kalau ada kawasan berdekatan la..

Menu dan perisa yang ada di Foodpanda adalah:

  1. Tako Membara
  2. Takoyaki Bonito
  3. Takoyaki Cheese Leleh
  4. Takoyaki dan Nasi

Gambaran menu di atas dari kedai Tako Hangat di Foodpanda.


Hanya dari menu no 1 hingga 3 sahaja menu yang saya beli. 
Berikut dibawah adalah gambar yang asli saya tangkap..😊


Takoyaki Bonito(asli)


Takoyaki Cheese Leleh(keju&parsley)


Takoyaki Membara(taburan telur sos mayones)

Tidak lupa juga "filling" di dalam takoyaki yang ditawarkan adalah:
  • ayam
  • sosej
  • sotong
  • ketam
Dan ternyata filling di dalamnya tidak mengecewakan ya..intinya banyak dan puas untuk dimakan. Harga pula tidak begitu mahal dalam RM 8-12 bagi 9 ketul. Ada filling yang dikenakan caj tinggi sedikit..Kalau nak buat sendiri tu...mengadun tu lama sikit sampai berpeluh dibuatnya huhu.. Disebabkan jadual seharian padat, jadinya amat berbaloilah beli dengan intinya yang padat dan masih panas walaupun selepas penghantaran dibuat...sesuailah dengan nama kedai ni "Tako Hangat" Alhamduliillah..😁😁😁

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke kedai Tako Hangat ini di kawasan Petaling Jaya tetapi tidak pasti pula tentang dengan cawangannya di tempat lain..Semua boleh la membuat carian sendiri ye...Sekarang semua di hujung jari.👌👌👌

Baiklah..Sampai sini sahaja reviu makanan saya...😇😇. Bertemu lagii..

🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣🅣

Dengan itu, Assalamualaikun dan tata...💞💞

No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...