Saturday, December 5, 2020

Isu Banjir di Malaysia

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊


Harini saya nak berbincang serba sedikit tentang isu banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini. 

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei dan ke September. Ia merujuk kepada cuaca yang lebih kering. Seperti kita tahu bermulanya dari bulan November sehingga Mac adalah fasa angin Monsun Timur Daya yang merupakan musim hujan utama di negara kita dimana hujan lebat melanda di kawasan pantai timur dan pantai barat Sarawak.


Dan yang selalunya terkesan adalah di Kelantan,Terengganu dan Pahang. Mereka sudah biasa akan dengan suasana banjir dan memang banyak harta benda mereka yang telah rosak. Namun mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak pernah mengeluh.


Kira-kira dalam tahun 2014 banjir yang teruk melanda Kelantan dan antara kawasan yang teruk adalah di Kuala Krai. Ramai yang hilang tempat tinggal akibat musnah dilanda banjir. Terdapat jangkaan banjir yang sebegini akan berlaku lagi akibat sisa-sisa banjir belum habis lagi dibersihkan. Tanah dan bukit-bukit masih gondol. Baru ini banjir melanda lagi bahagian timur Malaysia tetapi tidaklah seteruk tahun 2014 dan masih berpanjangan sehingga sekarang.


Banjir di Kelantan menenggelamkan hampir semua di Kelantan tahun 2014

Sumber: Google


Banjir terkini yang tidak seteruk tahun 2014
Sumber: Google


Kawasan Kuala Lumpur juga dikenali sebagai kawasan berlakunya banjir kilat yang juga berlaku baru-baru ini akibat hujan lebat dan longkang gagal menampungnya yang mengakibatkan banjir kilat. Sistem perparitan di kawasan Kuala Lumpur perlu dibaikpulih. Penebangan pokok secara berleluasa pula mesti dikawal secara ketat. Segala amalan rasuah perlu dibendung dan dihapuskan oleh kerajaaan secara adil dan telus. 


Banjir di sekitar Masjid Jamek

Sumber: Google


Saya juga difahamkan kawasan Cameron Highlands sering diteroka oleh warga asing dan mengapa begitu mudah mereka meneroka kawasan hutan di Pahang. Kalau kita lihat udara dan suhu pada zaman dahulu di kawasan hutan lebih segar,bersih dan sejuk berbanding sekarang. Ini mengakibatkan tanah runtuh sering terjadi di kawasan Tanah Rata Pahang.



Tanah runtuh di kawasan Cameron Highlands

Sumber: Google

🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊

Sekian sahaja dari saya, Salam sayangi alam sekitar.

Assalamualaikum dan tata..🌿🌿🌿








No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...