Wednesday, December 23, 2020

Reviu & Kuih raya legend zaman budak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Zaman kanak-kanak adalah antara zaman yang tidak boleh dilupakan tidak kira mahupun pahit atau manis. Antara memori yang masih melekat di hati adalah pada hari raya. Pastinya pada hari raya ada snek atau kuih yang kita suka makan. Baru-baru ini adalah membeli kuih-kuih legend dari kampung ini yang menggamit kenangan lama iaitu kuih karas dengan dengan putu jawa.



Kuih karas pada mulanya ingatkan bihun rupanya bukan. Rasanya enak sesuai untuk kudap dan snek sambil belajar atas talian ini. Pembuat kuih ini patut dipuji sebab rangup diluar dan rapuh dan lembut apabila dikunyah😏. Bukan semua orang boleh buat kuih sesedap seperti di atas.






Putu jawa asalnya mudah rapuh dan hancur teskturnya tetapi di atas teskturnya masih elok kerana teknik pembuatannya sedikit berbeza kerana dimampatkan. Pada saya, tesktur asal lebih sedap kerana mudah  cair dan  rapuh di dalam mulut namun demi menjaga rupa kuih itu ianya boleh dimampatkan. 


πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Yang lain yang masih ingat sehingga sekarang adalah(sumber semua gambar dibawah adalah dari Google):

  • kuih tiram


Kuih paling  kegemaran zaman kanak-kanak berbentuk seperti lidah buaya dan bentuk karipap pusing yang disaluti dengan gula putih.
  • kuih siput


Kuih yang disagat pada acuan yang bergaris dicampur dengan daun kari mengikut resipi asal berbanding dengan sekarang yang pelbagai aneka perisa seperti keju, telur masin dan sebagainya di pasaran.
  • biskut arab



Apabila dimakan rasanya cair dalam mulut berintikan kacang tanah berbentuk bulat seperti bebola memang sesuai untuk pemanis mulut. Ada banyak jenis tetapi saya suka yang berintikan kacang.
  • kerepek bawang


Berbentuk seperti bawang tetapi tiada rasa bawang hanya rasa tepung dan sedikit rempah.
  • biskut mazola


Berbentuk seakan-akan bulat dengan menggunakan minyak jagung dalam proses pembuatan kuih ini yang akan membezakan rasanya dengan kuih lain yang dicampur dengan kisaran kacang tanah.
  • kuih goyang


Kuih yang menggunakan acuan yang unik dan semasa digoreng akan digoyang-goyangkan acuannya dan masih teringat cara pembuatan kuih ini oleh arwah opah sayaπŸ‘©.

  • tart gulung nenas


Kuih yang masih lagi popular sehingga sekarang dan pelbagai aneka warna dan hiasan telah pun divariasikan lain daripada kuih tart nenas yang asal. Malah intinya juga divariasikan mengikut trend terkini seperi tart susu dan  tart Cadbury. Kuih ini masih menjadi permintaan ramai sehingga sekarang.

Kebanyakan kuih pada zaman moden ini divariasikan tetapi asal usul kuih ini masih tidak boleh dilupakan kerana ia dapat mengimbau kenangan pada zaman dahulu. Jarang untuk menjumpai kuih daripada resipi yang asal kerana telah mengikut perubahan citarasa semasa. Apapun legend masih tetap berbisaπŸ’—πŸ’—

Sekian sahaja daripada saya. Maka dengan ini cukuplah tugasan saya dari UKM.

πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Dengan itu, assalamualaikum dan tataπŸ˜€

No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...