Tuesday, December 8, 2020

Reviu Highlighter Jenama Stabilo

 Assalamualikum dan selamat malam semua...

πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’›

Kembali kita dalam segmen reviu di blog merah putih.

Setelah lama tidak membuat reviu, kita buat comeback dengan reviu Highlighter jenama Stabilo.

Pada pendapat saya, warna highlighter jenama ini serius lawa dan sesuai dengan peminat tegar pewarna pastel. Macam sebelum ni ada juga cuba jenama lain bagi warna pastel tapi warnanya terlalu cair macam tidak berfungsi lah warna tu πŸ˜‘πŸ˜‘. 

Highlighter ni fungsi dia menarik minat untuk orang membaca dan senang untuk hafal. Dan paling penting, tidak mudah mengantuk dengan adanya permainan warnanya bagi celik sikit mata tu. Ia juga sangat berguna sebagai penunjuk kata kunci atau perkataan yang penting. Highlighter ni bukan digunapakai dan diaplikasikan dalam majoriti pelajar sahaja tetapi orang yang bekerja, guru dan hampir semua orang lah senang ceritanya.

Berbalik kepada tajuk ini, Highlighter ni dah lama dah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita namun ada sedikit perubahan dari segi warna yang mengikut citarasa pengguna zaman sekarang . Kalau dulu warnanya yang asas sahaja dan kurang pilihan warnanya tidak seperti sekarang meriah dengan pelbagai warna.

Berikut adalah antara warna yang terdapat dalam koleksi Highlighter jenama Stabilo di pasaran:


 Berikut di atas adalah saiz highlighter yang lebar.

Sumber:Google



Ini pula saiz yang kecil dan agak panjang seperti pen.

Sumber: Google



Namun yang menjadi pilihan saya adalah di bawah dengan antara koleksi terbaru di pasaran.


Bagi saya, saiz macam ini lebih selesa untuk digunakan berbanding dengan saiz lebar kerana mudah untuk dipegang. Tak silap kod warna dari kiri **Cherry Blossom Pink, Touch of Turquoise, Mellow Coral Red, Dash of Lime(favourite), Lilac Haze**

JANGAN LUPA DAPATKAN HIGHLIGHTERS DI ATAS JIKA BERMINAT. SAYA BELI ONLINE JE KAT SHOPEE. CARI KOD WARNA DI ATAS..RUGI TAK CUBA TAU!! BARULAH HIDUP PENUH DENGAN WARNA-WARNI DAN ADA SEMANGAT NAK BELAJAR..HUHUπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ

πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œ

Sekian.

Assalamualaikum dan tata..😫😫😫😫 Jumpa lagi di next entry..









No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...