Assalamualaikum semua. Ini adalah merupakan kali pertama Rin tulis kat blog. Tujuan sebenar Rin tulis blog disebabkan oleh tugasan kerja first year kat UKM oleh pensyarah Rin iaitu Puan Shazlinda.
Dari matrik bermulalah kisah hidup anak muda yang mencabar gitu terutamanya dari segi kejar masa and dekat sini memang kena aktif tapi Rin cuma melibatkan diri dalam pertandingan tak delah ambik jawatan sana sini tapi kalau nak apa salahnya..kat matrik memang banyak sangat pengalaman dapat...mungkin sebab persediaan kita sebelum ke universiti kan. Matrik pon boleh jimat masa apa nanti dapatlah graduate awal. Paling seronok dapat elaun rm 250 hehe..Kebanyakan ramai yang dapat kecuali bagi yang betul2 kayalah hahahah.
Mula-mula masuk tu ok lagi la lama2 tu belum sempat nak fahamkan topik tu dah masuk topik baru tapi jangan takut kena rajin bertanya pensyarah and buat latihan sesama kat bilik tuto, library yang ada buka malam2 .Aquila pon boleh tapi tula azab sikit takde kipas sebab tempat semua penuh buat persediaan pembentangan. Dataran kosmik tempat lepak malam2 depan masjid kekadang tu rasa berdosa pulaπ. Nama2 tempat ni korang akan familiar lah bila masuk sini nanti..
Matematik tambahan kita kena ada kalau nak masuk matrik. Syarat dia memang kena sekurang-kurangnya B tapi ada kawan Rin gred dia D dapat masuk mungkin sebab keputusan SPM dia agak tinggi. Akhirnya dia dapat A untuk Matematik Sem 1 & 2..Ingat paling penting buat soalan klon dan hadamkan betul2. Nanti menyesal tak sudahπ‘π’π’π’π’.
Dengar cerita sejak Covid-19 ade yang tak boleh balik kan kesian korang.. Pastu KMS baru bina perkataan KMS( xtau panggil apa) untuk ambik gambar lepas keluar baru nak bina eh..Sedih betul takpelah tak ade rezeki katakan..
Cafe dia pon ok lah makanan nya paling sedap Cafe Orion kenapa eh asrama lelaki mesti sedap2 makanannya banyak pilihan menjadi tempat makan kebanyakan pensyarah.Tapi Rin selalu makan malam kat Cafe Carina dengan kawan.. nasi goreng kampung dia sedap oohh πtapi tengok mood tukang masak dengan kemeriahan bahan mentahnya..ππ
Permandangan kat sini pon cantik2 Rin paling suka awan kat Dataran Kosmik dan Surau As sufi..Subhanallah cantiknya..Rindunya..
Rin duduk bawah sekali dekat blok mira mmg panas sikit tak boleh buka tingkap nanti segala binatang masuk dekat je dengan rumah pengarah. Yang atas selalu sejuk2 je yelah bukak tingkapp..Angin kat atas lagi kuatkann..Awan kat sini pon cantik2 jugakkππ π
Memang cantik2 semuanya..kalau nampak awan lain sikit memang akan snap cantik sangatt yelah sebagai kenangan..Setahun je kot matrik hmm..
Hari terakhir dengan kawan2 ritu pon huru-hara sikit bayangkanlah lagi lagi 2 minggu nak final exam. Tup-tup PKP terpaksa balik belajar je kat rumah extend exam lagi. Akhirnya, ambik markah PB je mase ambik barang pon tak boleh kumpul ramai2.Tapi takpelah setiap yang berlaku pasti berhikmah.
Kesimpulannya,adik2 di luar sana kalau pilih matrik memang takkan menyesal sebab memang banyak sangat manfaat , kelebihan berbanding platform lain ."Struggle is real' .
Dengan itu, Assalamualaikum and tata.
p/s:macam best pulak bertype niπ
No comments:
Post a Comment