Sunday, November 22, 2020

Air Selangor kena jumpa Ustaz?

 Assalamulaikum warga Selangor masih tak bergerak yee!!!!

πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§


Sumber:Google

Sejak kebelakangan ni air Selangor selalu kena gangguan..Kawasan rumah saya tekanan air rendah selalu dapat air lambat..Sampaikan ada berseloroh pasal air gangguan ni dah teruk sangat kena bawa jumpa Ustaz ni.. Sebab selalu sangat kan..tak tahulah sabotaj ke apa ni..Anggap ujian ya rakyat Selangor..Dengan PKPB tak berakhir lagi ni..Memang mencabar kesabaran.

Sebelum ni dengar puncanya pencemaran bau..Tapi lagi beberapa hari lagi ni tak ada air lagi kawasan saya... tukar paip lah pulokkk..😎😎Letih nak angkat air tula..Ramai orang kat rumah jadinya pakai airnya banyak lah nasiblah musim hujan boleh tadah air nak basuh berak kencinggπŸ˜„πŸ˜„.Kadang-kadang tu tertanya-tanya jugalah kenapa asyik Selangor je tak ada air...Lupalah pulak Selangor kan banyak perndustrian..Kawasan panas mencari lubuk rezeki..Apalah tu pon tak tau ke Rin oii..Tahniah juga diucapkan kepada negeri2 yang sekejap je PKPB tu yaa!!Rasa nak pindah Selangor je niπŸ‘€ πŸ‘€.Jeleslah orang sana tu.

Baru-baru ini ada Ustaz Ebit datang bagi bantuan air nak dijadikan cerita..Ustaz ni walaupun buat content sana content sini tapi content yang mendatangkan kebaikan tetiba niat dalam hati nak buat kebaikan dan boleh dijadikan sumber inspirasi untuk bagi bantuan kepada orang lain..Siap ada buat Mart lagi untuk bantu orang susah.Tak putus-putus rezeki masuk setelah penat bagi bantuan kat orang Alhamdulillah..Semoga segala urusan,amalan ibadat kita diterima dan dipermudahkan Allah..Aaminn In Sha Allah..Teringat pulak salah satu kata-kata dia berdosa kita kalau biarkan orang tak makan,susah sedangkan kita senang tetapi tak ambil kisah hal kat luar sana.Betapa pentingnya tanggungjawab keprihatinan di sekeliling kita. Makanya bersyukurlah dengan apa yang ada. Ingat pada yang tiada..πŸ˜€πŸ˜€.




Sumber: Google

πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§πŸ’§

Ok baiklah setakat itu sahaja perkongsian saya kepada anda semua..Jumpa lagi In Sha Allah... Assalamualaikum dan tata





Thursday, November 12, 2020

Pengalaman makan dalam air sungai

 Assalamualaikum ini merupakan reviu makanan tapi lain daripada lain sikit sebab makan dalam air sungai iaitu di......Bbq Lamb Kemensah,KL

Pergi makan ni sebelum pergi ke Melaka lagi..(ada Rin muat naik kat blog pergi Melaka sebelum ni)..

Macam mana tahu tempat ni?

Rin ada terjumpa kat iklan Facebook selepas itu ada menyatakan hasrat untuk nak pergi sana. Kebetulan masa nak pergi sana...kawan ayah saya tinggal berhampiran kawasan tu cakap tempat tu kena book dulu 1-2 minggu sebelum kalau hari minggu...kalau hari bekerja 1-2 hari sebelum  kalau walk-in mengambil masa yang lama sikit..Jadinya masatu tak jadi pergi sana  selepas itu baru WhatsApp dan buat deposit sebanyak RM 50.. 

Kalau semua nak tahu Kemensah adalah tempat kami sekeluarga mandi-manda dulu sekarang semua dah besar dah tak ingat tempat macam mana dah. Tempat ni berdekatan dengan Zoo Negara. Sebenarnya tempat ni memang lama dah viral cuma baru tergerak hati nak pergi disebabkan rare sikit makan dalam sungai. 

Harga dia mahal sangat ke?

Makan kat sini pun agak mahal sesuai dengan suasananya sebab kena hantar makanan dan susun meja dalam air yang deras..Ini belum lagi kalau hujan lebat..pernah terdengar kawasan sana ada banyak mengalami banjir besar dan memang rugi... kedalaman air masa itu memang tinggi..banyak peralatan mereka rosak..Masa Rin pergi tu ada nampak kesan banjir tu. 

Tapi kalau nak ikutkan dulu lagi cantik bersih tempat dia namun masih tidak mematahkan semangat orang untuk makan kat situ malah berlumba-lumba orang book awal..Jadinya harga memang setanding dengan apa yang mereka dah alami,kepayahan dan kesusahan mereka mengendalikan perniagaan mereka.. makanan dia pun sedap tapi tak boleh pergi selalu boleh koyak poketπŸ˜†.



Gambar di atas adalah gambar menunggu sambil menikmati permandangan sebelum makanan sampai.

Makanan pun tiba dengan jayanya..
 

Menu best seller..


Oh yaa ada Rin makan dalam set jadi ada nasi+pencuci mulut sekali...air disediakan percumaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒMakanan dia sedap dan berbaloilah dengan panaroma sekeliling. Semua selamat masuk dalam perut..πŸ‘„πŸ‘„



Gambar terakhir sebelum berangkat pulang ya rakan-rakan bukan selalu dapat merasa macam ini..Alhamdulillah..



Jadi kepada sesiapa yang menginginkan kelainan makan dalam air bolehlah datang sini di Bbq Lamb Kemensah..Tempat dia boleh je Google atau cari kat media sosial zaman sekarang kat hujung jari je..πŸ‘‡πŸ‘‡ huhu.

Sampai sini sahaja perkongsian saya mengenai reviu makanan dan tempat yang rare ni..

Assalamualaikum dan tata..πŸ‘‹πŸ‘‹






3 Carta Cabaran Belajar Online Di Rumah Semasa Pkp

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Harini Rin akan bercerita antara perkara yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pelajar semasa PKP dalam pembelajaran online.

1)MASALAH KEWANGAN


Sumber: Google

Pelajar yang kurang pendapatan khususnya akan turut tersepit dengan pandemik ini kerana segala ilmu yang diperolehi adalah melalui rangkaian internet. Internet pula mesti laju dan kuat kalau tidak mulalah tersekat-sekat dan ada yang kena tendang keluar dari Meeting. Nak jadi lagi mencabar apabila sejak pandemik ni banyak orang nak pakai duit.

Internet mesti kena yang betul-betul kuat sebab nak pakai setiap hari lagi-lagi kesian yang hanya bergantung pada data internet percuma ni. Data percuma pun sebenarnya tak berapa cukup namun sedikit bantuan dari orang ramai dapatlah kurangkan sikit beban mereka. Belum lagi yang kuiz online kena pakai yang lagi laju internet kalau tidak memang ketinggalan walaupun pensyarah adalah beri masa tambahan. Tapi mesti jadi stres juga kalau dah ketinggalan cuma takut tidak boleh fokus je. Akhirnya stres dan boleh lupa apa yang sudah belajar dan hafal semasa menjawab soalan ujian.


2)INTERAKSI AGAK TERHAD

Sumber: Google

Kalau kita tidak faham sesuatu soalan mesti kita akan tanya tapi orang cakap agak susah untuk faham sebab tak jumpa secara bersemuka lebih-lebih lagi melibatkan subjek susah untuk periksa satu-satu soalan dan perbincangan agak terhad dan belum lagi nak fahamkan subjek lain sebab bukannya hanya menghadap telefon atau laptop semata-masa memang mengambil masa. 

Kita pon tidak boleh melihat ekpresi muka dan tidak tahu dan pasti bahawa mereka faham atau tak terutama sekali perbincangan secara berkumpulan melalui WhatsApp sahaja belum lagi yang tidak beri kerjasama dan ada masalah internet. Semuanya harus ditempuh dengan sabarπŸ’“πŸ’“. Muka hanya boleh dilihat online tidak sama seperti di kelas dan terserlah perbezaannya.


3)MASALAH MENJADI SLOW LEARNER


Sumber: Google

Ini akan menjadi masalah utama kepada mereka yang slow learner walaupun mereka tidak mahu dijadikan sedemikian rupa kerana mengambil masa yang lama untuk memahami satu topik ini. Lebih-lebih lagi dalam online class. Masalah tekanan akan dihadapi oleh mereka sehingga banyak yang berdoa supaya mereka dapat belajar bersemuka dalam tempoh yang terdekat. 

Bukan mudah untuk menghadapi masalah ini kerana ada komitmen yang perlu diberikan bagi subjek lain juga. Ada yang sudah pun bertanya dengan pensyarah dan kawan tapi masih terkial-kial untuk faham. Namun untuk penerimaan dan memahaminya adalah di luar jangkaan kita. Hanya usaha,doa dan tawakal menjadi sumber kekuatan bagi masalah ini. Rata-rata semua masalah melibatkan tekanan perasaan tapi ingat jangan sampai anda jatuh sakit.


Kesimpulannya, memang bukan mudah untuk kita pelajar mengharungi cabaran ni namun perlu kita ingat ramai lagi terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan lebih berat ujian mereka berbanding kita belum lagi mereka yang memang ujiannya dahsyat sebelum PKP lagi.''Ingat kalau kita rasa sangatlah susah,ada lagi yang lagi tersangatlah susah''. Marilah kita berdoa supaya ujian ini akan berakhir dan dapat belajar seperti biasa. Ayuh kita kuatkan semangat untuk menghadapi kemelut yang mencabar ini

Sekian sahaja dari Rin..

Assalamualaikum dan tata...πŸ‘€




Monday, November 9, 2020

Bercuti PKP 1 negeri melaka mareyy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌

Harini saya nak bercerita tentang percutian yang sempat saya pergi iaitu Melaka. Walaupun biasa-biasa je tapi amat bermakna kerana setelah lama duduk kat rumah kan..Alhamdulillah sempatlah merantau ke luar negeri iaitu Melaka je yang sempat. Pada hari pertama sempatlah singgah River Cruise bayaran agak mahal seorang dewasa RM 25 sekarang.. baru sahaja naik harga. Yang seronok pada waktu malam la dapat tengok lampu yang cerah dalam  tempat yang gelap. Sepanjang perjalanan pergi,dimainkan audio sejarah Melaka dan lagu tradisi di tempat-tempat yang dilawati di River Cruise. Buat pengetahuan semua, River Cruise ini terletak pada petengahan kawasan sejarah Melaka dan memang agak unik sebenarnya ada lukisan moral,tempat cafe malah menjadi tempat jogging buat penduduk di Melaka.


Permandangan waktu malam


Permandangan waktu akhir petang


Pada keesokan hari,saya pergi ke Zoo Melaka dan agak mengecewakan sebenarnya dah tak banyak haiwan, dan kelihatan semua haiwan lesu dan tidak bermaya.Namun disebabkan PKP kami boleh terimalah sebab tak terima banyak kunjungan. Jadinya kita berjoging jela sambil-sambil tu ade gerai makan dan Mango Float yang viral tu sempatlah merasa. Kalau pergi Melaka tak makan asam pedas tak sahlah.. Restoran yang kami pergi tu Restoran 35 yang viral tu huhu😊😊😊.Makanan dia sedap dan tempat dia pun bersih. Lauk-pauk nya pulak memang selera kampung ada ulam-ulaman dan sambal belacanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹liur japp... Banyak yang jual asam pedas tapi tak tahulah mana yang paling sedap ye orang Melaka?



Ini jelah haiwan yang nampak bermaya sikit hahhahaπŸ˜‚πŸ˜‚

Pada hari terakhir barulah pergi kota bersejarah ni Kota A'Famosa


Ini biasa yang kita tengok kat bawah..



Dua-dua di atas adalah gambar kat bahagian atas..ada yang malas naik tangga tu..Nilah permandangan bahagian atas..Waktu ni panas terik sanggup berjemur ye demi banyak gambar....


Di samping itu, adalah masa melawat muzium berdekatan..



Sambil-sambil jalan tu sempatlah kita cuci mata dengan sejarah kesultanan Melayu Melaka di Istana Kesultanan Melayu Melaka..


Nak sejuk sikit masuk Memorial Hari Kemerdekaan sambil baca sejarah-sejarah kemerdekaan


Sebelum balik kita singgah dulu Cendol Kampung Hulu yang terletak salah satu tempat di tepi River Cruise. Cendol dia sedap tak terlalu manis cumanya teskturnya agak lembut dan halus lain sikit. Yang sempat ingat ada perisa tambahan longan,mangga dan kelapa laut. Apapun tak boleh lawan rasa cendol yang aslinya bagi sayalah..Dekat situ pun ada gerai macam medan selera pelbagai aneka makanan dijual boleh jadi tempat panas kalau pergi Melaka.Tempat terakhir sebelum balik adalah Masjid Selat untuk singgah solat Zohor..cantik tempat ni 



Dalam kelam kabut tu masih sempat untuk menangkap gambar masjid..Bukan senang nak keluar ni...huhhuhu



 Rugi tak cubaa semua ni...cumanya tak sempat melawat Pantai Klebang😞😞😞😞 disebabkan sangat sesak ...sampai di situ sahajalah. Apapun bersyukur sempat rentas negeri walaupun tak sempat balik kampung sejak pandemik Covid-19 ni..

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌


Baiklah sampai di sini sahaja perkongsian saya..

Assalamualaikum dan tataπŸ˜€

Sunday, November 1, 2020

Oh..basikal

 Assalamulaikum.. alhamdulillah dapat kita berjumpa di blog saya..πŸ’“

🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲


Sumber: Google

Ok cerita ni dah lama dalam 10 tahun lepas..Alkisahnya..Rin nak main basikal dengan kawan Rin..Punyalah tak sabar nak main sampai ibu tak bagi pon masih nak keluar..Lepastu pergilah main dengan kawan..Oh yaa masa main tu bawa adik Rin sekali..sebab Rin dulu suka sangat main basikal sampai pusing satu taman na...Main punya main masa nak undur basikal ke belakang sekali tu jatuh basikal..Sebelum main tu adalah suruh adik turun dulu sebab berat kann..Sekali gedebuk jatuhh..Ya Allah memang bocor kepala sebab terhantuk benda keras batu kat longkang ada parutnya melekat sampai sekarang. Rasanya tu kecederaan paling dahsyat lah huhu..Memang mengalir laju darah dari leher sampai bawah nasib sedar dan syukur masih bernafas sampai sekarang

Nak dijadikan kisah lepas tu bangun dari longkang terus naik balik rumah memang menangis la..Adik masa tu dalam 4 tahun je ..Nasib Rin dah suruh dia turun kalau terhempap kat dia memang sedap tu..Sampai je rumah memang terkejut lah ibu Rin..bibir bawah masa tu terbelah belah kanan memang sakit ..lepastu mak kepada kawan Rin datang melawat..Kalau nak ingat sampai sekarang rasa malu sangat sebab Rin jatuh dengan basikal kawan Rin..

Ibu Rin dah berhasrat untuk bawa ke hospital sebab bibir terbelah dan mungkin akan dikenakan jahitan..Tapi Rin tak naklah sebab sakit kan kena jarum kat tangan pon sakit inikan pulak kat bibir..Boleh bayang tak macam mana tu..Tak silap masa tu ayah Rin tak ada kat rumah ..masa tu pergi umrah dengan kawan..Jadinya memang rawat kat rumah jela menggunakan ubat mujarab luka iaitu gamat..memang betul mujarab tapi Rin tak ingat kesakitan tu macam mana.Yelah masih kecil waktu tu..Alhamdulillah dengan gamat luka saya sembuh..Sampai sekarang kalau kena pisau ke benda tajam memang akan guna gamat..Begitulah kesudahannya..

Namun minat basikal tu masih ada sampai sekarang tapi tenaga tak sekuat dulu..sanggup setiap petang bawa adik pusing taman dengan bawak 2 bantal nak lapik tempat duduk depan palang dan belakangπŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€.Yang tak boleh tahan tu sampai bawa tukul letak kat bakul sebabnya pedal basikal asyik tercabut..Allah nak ingat sampai sekarang malunyaa..Tapi zaman sekarang dah berubah sikit tak ada main basikal..budak2 sekarang main motor, smartphone, games dan sbg..Zaman kanak dulu2 lagi seronok berbanding sekarang ..Rasa sedih gembira bercampur baur.. Zaman kanak2 dulu the best ever memang rinduu sangat..😒😒😒😒😒 Makin membesar dah tak jumpa dan rapat dengan kawan2.Masing2 bawa haluan hidup sendirii.. Begitulah kehidupann..


Sumber: Google

🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲🚲

Cukuplah sampai di sini sahaja✌ 

Assalamualaikum dan tata...πŸ‘£

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...