Thursday, November 12, 2020

3 Carta Cabaran Belajar Online Di Rumah Semasa Pkp

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

Harini Rin akan bercerita antara perkara yang menjadi perbualan hangat dalam kalangan pelajar semasa PKP dalam pembelajaran online.

1)MASALAH KEWANGAN


Sumber: Google

Pelajar yang kurang pendapatan khususnya akan turut tersepit dengan pandemik ini kerana segala ilmu yang diperolehi adalah melalui rangkaian internet. Internet pula mesti laju dan kuat kalau tidak mulalah tersekat-sekat dan ada yang kena tendang keluar dari Meeting. Nak jadi lagi mencabar apabila sejak pandemik ni banyak orang nak pakai duit.

Internet mesti kena yang betul-betul kuat sebab nak pakai setiap hari lagi-lagi kesian yang hanya bergantung pada data internet percuma ni. Data percuma pun sebenarnya tak berapa cukup namun sedikit bantuan dari orang ramai dapatlah kurangkan sikit beban mereka. Belum lagi yang kuiz online kena pakai yang lagi laju internet kalau tidak memang ketinggalan walaupun pensyarah adalah beri masa tambahan. Tapi mesti jadi stres juga kalau dah ketinggalan cuma takut tidak boleh fokus je. Akhirnya stres dan boleh lupa apa yang sudah belajar dan hafal semasa menjawab soalan ujian.


2)INTERAKSI AGAK TERHAD

Sumber: Google

Kalau kita tidak faham sesuatu soalan mesti kita akan tanya tapi orang cakap agak susah untuk faham sebab tak jumpa secara bersemuka lebih-lebih lagi melibatkan subjek susah untuk periksa satu-satu soalan dan perbincangan agak terhad dan belum lagi nak fahamkan subjek lain sebab bukannya hanya menghadap telefon atau laptop semata-masa memang mengambil masa. 

Kita pon tidak boleh melihat ekpresi muka dan tidak tahu dan pasti bahawa mereka faham atau tak terutama sekali perbincangan secara berkumpulan melalui WhatsApp sahaja belum lagi yang tidak beri kerjasama dan ada masalah internet. Semuanya harus ditempuh dengan sabarπŸ’“πŸ’“. Muka hanya boleh dilihat online tidak sama seperti di kelas dan terserlah perbezaannya.


3)MASALAH MENJADI SLOW LEARNER


Sumber: Google

Ini akan menjadi masalah utama kepada mereka yang slow learner walaupun mereka tidak mahu dijadikan sedemikian rupa kerana mengambil masa yang lama untuk memahami satu topik ini. Lebih-lebih lagi dalam online class. Masalah tekanan akan dihadapi oleh mereka sehingga banyak yang berdoa supaya mereka dapat belajar bersemuka dalam tempoh yang terdekat. 

Bukan mudah untuk menghadapi masalah ini kerana ada komitmen yang perlu diberikan bagi subjek lain juga. Ada yang sudah pun bertanya dengan pensyarah dan kawan tapi masih terkial-kial untuk faham. Namun untuk penerimaan dan memahaminya adalah di luar jangkaan kita. Hanya usaha,doa dan tawakal menjadi sumber kekuatan bagi masalah ini. Rata-rata semua masalah melibatkan tekanan perasaan tapi ingat jangan sampai anda jatuh sakit.


Kesimpulannya, memang bukan mudah untuk kita pelajar mengharungi cabaran ni namun perlu kita ingat ramai lagi terkesan dengan Pandemik Covid-19 dan lebih berat ujian mereka berbanding kita belum lagi mereka yang memang ujiannya dahsyat sebelum PKP lagi.''Ingat kalau kita rasa sangatlah susah,ada lagi yang lagi tersangatlah susah''. Marilah kita berdoa supaya ujian ini akan berakhir dan dapat belajar seperti biasa. Ayuh kita kuatkan semangat untuk menghadapi kemelut yang mencabar ini

Sekian sahaja dari Rin..

Assalamualaikum dan tata...πŸ‘€




No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...