Monday, November 9, 2020

Bercuti PKP 1 negeri melaka mareyy

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌

Harini saya nak bercerita tentang percutian yang sempat saya pergi iaitu Melaka. Walaupun biasa-biasa je tapi amat bermakna kerana setelah lama duduk kat rumah kan..Alhamdulillah sempatlah merantau ke luar negeri iaitu Melaka je yang sempat. Pada hari pertama sempatlah singgah River Cruise bayaran agak mahal seorang dewasa RM 25 sekarang.. baru sahaja naik harga. Yang seronok pada waktu malam la dapat tengok lampu yang cerah dalam  tempat yang gelap. Sepanjang perjalanan pergi,dimainkan audio sejarah Melaka dan lagu tradisi di tempat-tempat yang dilawati di River Cruise. Buat pengetahuan semua, River Cruise ini terletak pada petengahan kawasan sejarah Melaka dan memang agak unik sebenarnya ada lukisan moral,tempat cafe malah menjadi tempat jogging buat penduduk di Melaka.


Permandangan waktu malam


Permandangan waktu akhir petang


Pada keesokan hari,saya pergi ke Zoo Melaka dan agak mengecewakan sebenarnya dah tak banyak haiwan, dan kelihatan semua haiwan lesu dan tidak bermaya.Namun disebabkan PKP kami boleh terimalah sebab tak terima banyak kunjungan. Jadinya kita berjoging jela sambil-sambil tu ade gerai makan dan Mango Float yang viral tu sempatlah merasa. Kalau pergi Melaka tak makan asam pedas tak sahlah.. Restoran yang kami pergi tu Restoran 35 yang viral tu huhu😊😊😊.Makanan dia sedap dan tempat dia pun bersih. Lauk-pauk nya pulak memang selera kampung ada ulam-ulaman dan sambal belacanπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹liur japp... Banyak yang jual asam pedas tapi tak tahulah mana yang paling sedap ye orang Melaka?



Ini jelah haiwan yang nampak bermaya sikit hahhahaπŸ˜‚πŸ˜‚

Pada hari terakhir barulah pergi kota bersejarah ni Kota A'Famosa


Ini biasa yang kita tengok kat bawah..



Dua-dua di atas adalah gambar kat bahagian atas..ada yang malas naik tangga tu..Nilah permandangan bahagian atas..Waktu ni panas terik sanggup berjemur ye demi banyak gambar....


Di samping itu, adalah masa melawat muzium berdekatan..



Sambil-sambil jalan tu sempatlah kita cuci mata dengan sejarah kesultanan Melayu Melaka di Istana Kesultanan Melayu Melaka..


Nak sejuk sikit masuk Memorial Hari Kemerdekaan sambil baca sejarah-sejarah kemerdekaan


Sebelum balik kita singgah dulu Cendol Kampung Hulu yang terletak salah satu tempat di tepi River Cruise. Cendol dia sedap tak terlalu manis cumanya teskturnya agak lembut dan halus lain sikit. Yang sempat ingat ada perisa tambahan longan,mangga dan kelapa laut. Apapun tak boleh lawan rasa cendol yang aslinya bagi sayalah..Dekat situ pun ada gerai macam medan selera pelbagai aneka makanan dijual boleh jadi tempat panas kalau pergi Melaka.Tempat terakhir sebelum balik adalah Masjid Selat untuk singgah solat Zohor..cantik tempat ni 



Dalam kelam kabut tu masih sempat untuk menangkap gambar masjid..Bukan senang nak keluar ni...huhhuhu



 Rugi tak cubaa semua ni...cumanya tak sempat melawat Pantai Klebang😞😞😞😞 disebabkan sangat sesak ...sampai di situ sahajalah. Apapun bersyukur sempat rentas negeri walaupun tak sempat balik kampung sejak pandemik Covid-19 ni..

🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌🚌


Baiklah sampai di sini sahaja perkongsian saya..

Assalamualaikum dan tataπŸ˜€

No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...