Thursday, November 12, 2020

Pengalaman makan dalam air sungai

 Assalamualaikum ini merupakan reviu makanan tapi lain daripada lain sikit sebab makan dalam air sungai iaitu di......Bbq Lamb Kemensah,KL

Pergi makan ni sebelum pergi ke Melaka lagi..(ada Rin muat naik kat blog pergi Melaka sebelum ni)..

Macam mana tahu tempat ni?

Rin ada terjumpa kat iklan Facebook selepas itu ada menyatakan hasrat untuk nak pergi sana. Kebetulan masa nak pergi sana...kawan ayah saya tinggal berhampiran kawasan tu cakap tempat tu kena book dulu 1-2 minggu sebelum kalau hari minggu...kalau hari bekerja 1-2 hari sebelum  kalau walk-in mengambil masa yang lama sikit..Jadinya masatu tak jadi pergi sana  selepas itu baru WhatsApp dan buat deposit sebanyak RM 50.. 

Kalau semua nak tahu Kemensah adalah tempat kami sekeluarga mandi-manda dulu sekarang semua dah besar dah tak ingat tempat macam mana dah. Tempat ni berdekatan dengan Zoo Negara. Sebenarnya tempat ni memang lama dah viral cuma baru tergerak hati nak pergi disebabkan rare sikit makan dalam sungai. 

Harga dia mahal sangat ke?

Makan kat sini pun agak mahal sesuai dengan suasananya sebab kena hantar makanan dan susun meja dalam air yang deras..Ini belum lagi kalau hujan lebat..pernah terdengar kawasan sana ada banyak mengalami banjir besar dan memang rugi... kedalaman air masa itu memang tinggi..banyak peralatan mereka rosak..Masa Rin pergi tu ada nampak kesan banjir tu. 

Tapi kalau nak ikutkan dulu lagi cantik bersih tempat dia namun masih tidak mematahkan semangat orang untuk makan kat situ malah berlumba-lumba orang book awal..Jadinya harga memang setanding dengan apa yang mereka dah alami,kepayahan dan kesusahan mereka mengendalikan perniagaan mereka.. makanan dia pun sedap tapi tak boleh pergi selalu boleh koyak poketπŸ˜†.



Gambar di atas adalah gambar menunggu sambil menikmati permandangan sebelum makanan sampai.

Makanan pun tiba dengan jayanya..
 

Menu best seller..


Oh yaa ada Rin makan dalam set jadi ada nasi+pencuci mulut sekali...air disediakan percumaπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒMakanan dia sedap dan berbaloilah dengan panaroma sekeliling. Semua selamat masuk dalam perut..πŸ‘„πŸ‘„



Gambar terakhir sebelum berangkat pulang ya rakan-rakan bukan selalu dapat merasa macam ini..Alhamdulillah..



Jadi kepada sesiapa yang menginginkan kelainan makan dalam air bolehlah datang sini di Bbq Lamb Kemensah..Tempat dia boleh je Google atau cari kat media sosial zaman sekarang kat hujung jari je..πŸ‘‡πŸ‘‡ huhu.

Sampai sini sahaja perkongsian saya mengenai reviu makanan dan tempat yang rare ni..

Assalamualaikum dan tata..πŸ‘‹πŸ‘‹






No comments:

Post a Comment

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...