Wednesday, December 23, 2020

Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tunjuk ajar yang diberikan dalam kelas Aplikasi Komputer di UKM. Tentunya banyak ilmu teknologi  saya peroleh dari tugasan ini terutama sekali dalam menghasilkan blog ini. Pelbagai teknik telah saya mahir seperti labels, blog setting dan design. 

Alhamdulillah saya juga telah berjaya menamatkan 12 entri pada hari ini. Ini adalah suatu pengalaman yang baru bagi saya kerana baru pertama kali membuat blog biarpun blog ini telah begitu lama wujud. Pasti tidak akan saya lupakan kenangan dan pengalaman yang begitu bermakna ini. 

Terima kasih kepada semua yang sudi membaca dan menjengah ke blog saya tidak kira di entri mana-mana pun. Pembacaaan anda amatlah saya hargai. Semoga karya blog saya ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan anda semua😊😊. Sekali lagi terima kasih semua atas sokongan anda. Maaf atas segala kekurangan saya berkarya di blog ni. Yang baik datang dari Allah yang buruk datang dari saya.

Dengan itu, Assalamualaikum dan tata semuaaπŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯⌛⌛

πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–πŸ’–



Reviu & Kuih raya legend zaman budak

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..

πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Zaman kanak-kanak adalah antara zaman yang tidak boleh dilupakan tidak kira mahupun pahit atau manis. Antara memori yang masih melekat di hati adalah pada hari raya. Pastinya pada hari raya ada snek atau kuih yang kita suka makan. Baru-baru ini adalah membeli kuih-kuih legend dari kampung ini yang menggamit kenangan lama iaitu kuih karas dengan dengan putu jawa.



Kuih karas pada mulanya ingatkan bihun rupanya bukan. Rasanya enak sesuai untuk kudap dan snek sambil belajar atas talian ini. Pembuat kuih ini patut dipuji sebab rangup diluar dan rapuh dan lembut apabila dikunyah😏. Bukan semua orang boleh buat kuih sesedap seperti di atas.






Putu jawa asalnya mudah rapuh dan hancur teskturnya tetapi di atas teskturnya masih elok kerana teknik pembuatannya sedikit berbeza kerana dimampatkan. Pada saya, tesktur asal lebih sedap kerana mudah  cair dan  rapuh di dalam mulut namun demi menjaga rupa kuih itu ianya boleh dimampatkan. 


πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•πŸ’•

Yang lain yang masih ingat sehingga sekarang adalah(sumber semua gambar dibawah adalah dari Google):

  • kuih tiram


Kuih paling  kegemaran zaman kanak-kanak berbentuk seperti lidah buaya dan bentuk karipap pusing yang disaluti dengan gula putih.
  • kuih siput


Kuih yang disagat pada acuan yang bergaris dicampur dengan daun kari mengikut resipi asal berbanding dengan sekarang yang pelbagai aneka perisa seperti keju, telur masin dan sebagainya di pasaran.
  • biskut arab



Apabila dimakan rasanya cair dalam mulut berintikan kacang tanah berbentuk bulat seperti bebola memang sesuai untuk pemanis mulut. Ada banyak jenis tetapi saya suka yang berintikan kacang.
  • kerepek bawang


Berbentuk seperti bawang tetapi tiada rasa bawang hanya rasa tepung dan sedikit rempah.
  • biskut mazola


Berbentuk seakan-akan bulat dengan menggunakan minyak jagung dalam proses pembuatan kuih ini yang akan membezakan rasanya dengan kuih lain yang dicampur dengan kisaran kacang tanah.
  • kuih goyang


Kuih yang menggunakan acuan yang unik dan semasa digoreng akan digoyang-goyangkan acuannya dan masih teringat cara pembuatan kuih ini oleh arwah opah sayaπŸ‘©.

  • tart gulung nenas


Kuih yang masih lagi popular sehingga sekarang dan pelbagai aneka warna dan hiasan telah pun divariasikan lain daripada kuih tart nenas yang asal. Malah intinya juga divariasikan mengikut trend terkini seperi tart susu dan  tart Cadbury. Kuih ini masih menjadi permintaan ramai sehingga sekarang.

Kebanyakan kuih pada zaman moden ini divariasikan tetapi asal usul kuih ini masih tidak boleh dilupakan kerana ia dapat mengimbau kenangan pada zaman dahulu. Jarang untuk menjumpai kuih daripada resipi yang asal kerana telah mengikut perubahan citarasa semasa. Apapun legend masih tetap berbisaπŸ’—πŸ’—

Sekian sahaja daripada saya. Maka dengan ini cukuplah tugasan saya dari UKM.

πŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘ΆπŸ‘Ά

Dengan itu, assalamualaikum dan tataπŸ˜€

Monday, December 21, 2020

Reviu Makanan-Takoyaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£

Hari ini saya nak buat reviu makanan memandangkan sebelum ini reviu alat tulis. Hari ini masih dalam topik yang sama tetapi isi kandungan yang berbeza.

Jadinya, tumpuan reviu makanan kita adalah makanan berasal dari Jepun yang juga terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai "takoyaki" berbentuk seperti bebola dan pelbagai isi di dalam diletakkan mengikut kreativii dan  citarasa masing-masing beserta dengan "fish flakes, sos takoyaki dengan sos mayonis. Namun sekarang telah dipelbagaikan rasanya di pasaran. 

Pada permulaannya, pertama kali cuba rasa takoyaki ni, tiada keinginan pun untuk menambah tetapi selepas lama-kelamaan dah boleh terbiasa dengan rasa takoyaki ni sebab rasanya cepat muak dengan tak pedas. Rasa tekak melayu mesti nak pedas-pedas sikit baru boleh masuk πŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹. 

Alkisahnya, baru-baru ini adalah beli takoyaki dari Tako Hangat. Di sini, terdapat 3 perisa yang ditunjukkan dalam Foodpanda dekat kedai tidak pasti menunya yang lain bagaimana. Tapi kalau berminat boleh la cari kat Google kedai Tako Hangat ni kalau ada kawasan berdekatan la..

Menu dan perisa yang ada di Foodpanda adalah:

  1. Tako Membara
  2. Takoyaki Bonito
  3. Takoyaki Cheese Leleh
  4. Takoyaki dan Nasi

Gambaran menu di atas dari kedai Tako Hangat di Foodpanda.


Hanya dari menu no 1 hingga 3 sahaja menu yang saya beli. 
Berikut dibawah adalah gambar yang asli saya tangkap..😊


Takoyaki Bonito(asli)


Takoyaki Cheese Leleh(keju&parsley)


Takoyaki Membara(taburan telur sos mayones)

Tidak lupa juga "filling" di dalam takoyaki yang ditawarkan adalah:
  • ayam
  • sosej
  • sotong
  • ketam
Dan ternyata filling di dalamnya tidak mengecewakan ya..intinya banyak dan puas untuk dimakan. Harga pula tidak begitu mahal dalam RM 8-12 bagi 9 ketul. Ada filling yang dikenakan caj tinggi sedikit..Kalau nak buat sendiri tu...mengadun tu lama sikit sampai berpeluh dibuatnya huhu.. Disebabkan jadual seharian padat, jadinya amat berbaloilah beli dengan intinya yang padat dan masih panas walaupun selepas penghantaran dibuat...sesuailah dengan nama kedai ni "Tako Hangat" Alhamduliillah..😁😁😁

Kesimpulannya, bagi sesiapa yang berminat bolehlah pergi ke kedai Tako Hangat ini di kawasan Petaling Jaya tetapi tidak pasti pula tentang dengan cawangannya di tempat lain..Semua boleh la membuat carian sendiri ye...Sekarang semua di hujung jari.πŸ‘ŒπŸ‘ŒπŸ‘Œ

Baiklah..Sampai sini sahaja reviu makanan saya...πŸ˜‡πŸ˜‡. Bertemu lagii..

πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£πŸ…£

Dengan itu, Assalamualaikun dan tata...πŸ’žπŸ’ž

Tuesday, December 8, 2020

Reviu Highlighter Jenama Stabilo

 Assalamualikum dan selamat malam semua...

πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’›

Kembali kita dalam segmen reviu di blog merah putih.

Setelah lama tidak membuat reviu, kita buat comeback dengan reviu Highlighter jenama Stabilo.

Pada pendapat saya, warna highlighter jenama ini serius lawa dan sesuai dengan peminat tegar pewarna pastel. Macam sebelum ni ada juga cuba jenama lain bagi warna pastel tapi warnanya terlalu cair macam tidak berfungsi lah warna tu πŸ˜‘πŸ˜‘. 

Highlighter ni fungsi dia menarik minat untuk orang membaca dan senang untuk hafal. Dan paling penting, tidak mudah mengantuk dengan adanya permainan warnanya bagi celik sikit mata tu. Ia juga sangat berguna sebagai penunjuk kata kunci atau perkataan yang penting. Highlighter ni bukan digunapakai dan diaplikasikan dalam majoriti pelajar sahaja tetapi orang yang bekerja, guru dan hampir semua orang lah senang ceritanya.

Berbalik kepada tajuk ini, Highlighter ni dah lama dah diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita namun ada sedikit perubahan dari segi warna yang mengikut citarasa pengguna zaman sekarang . Kalau dulu warnanya yang asas sahaja dan kurang pilihan warnanya tidak seperti sekarang meriah dengan pelbagai warna.

Berikut adalah antara warna yang terdapat dalam koleksi Highlighter jenama Stabilo di pasaran:


 Berikut di atas adalah saiz highlighter yang lebar.

Sumber:Google



Ini pula saiz yang kecil dan agak panjang seperti pen.

Sumber: Google



Namun yang menjadi pilihan saya adalah di bawah dengan antara koleksi terbaru di pasaran.


Bagi saya, saiz macam ini lebih selesa untuk digunakan berbanding dengan saiz lebar kerana mudah untuk dipegang. Tak silap kod warna dari kiri **Cherry Blossom Pink, Touch of Turquoise, Mellow Coral Red, Dash of Lime(favourite), Lilac Haze**

JANGAN LUPA DAPATKAN HIGHLIGHTERS DI ATAS JIKA BERMINAT. SAYA BELI ONLINE JE KAT SHOPEE. CARI KOD WARNA DI ATAS..RUGI TAK CUBA TAU!! BARULAH HIDUP PENUH DENGAN WARNA-WARNI DAN ADA SEMANGAT NAK BELAJAR..HUHUπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™ŒπŸ™Œ

πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œπŸ’›πŸ’šπŸ’™πŸ’œ

Sekian.

Assalamualaikum dan tata..😫😫😫😫 Jumpa lagi di next entry..









Saturday, December 5, 2020

Isu Banjir di Malaysia

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera

🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊


Harini saya nak berbincang serba sedikit tentang isu banjir yang melanda Malaysia baru-baru ini. 

Cuaca di Malaysia dicirikan oleh dua rejim monsun iaitu Monsun Barat Daya yang bermula dari akhir bulan Mei dan ke September. Ia merujuk kepada cuaca yang lebih kering. Seperti kita tahu bermulanya dari bulan November sehingga Mac adalah fasa angin Monsun Timur Daya yang merupakan musim hujan utama di negara kita dimana hujan lebat melanda di kawasan pantai timur dan pantai barat Sarawak.


Dan yang selalunya terkesan adalah di Kelantan,Terengganu dan Pahang. Mereka sudah biasa akan dengan suasana banjir dan memang banyak harta benda mereka yang telah rosak. Namun mereka sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan tidak pernah mengeluh.


Kira-kira dalam tahun 2014 banjir yang teruk melanda Kelantan dan antara kawasan yang teruk adalah di Kuala Krai. Ramai yang hilang tempat tinggal akibat musnah dilanda banjir. Terdapat jangkaan banjir yang sebegini akan berlaku lagi akibat sisa-sisa banjir belum habis lagi dibersihkan. Tanah dan bukit-bukit masih gondol. Baru ini banjir melanda lagi bahagian timur Malaysia tetapi tidaklah seteruk tahun 2014 dan masih berpanjangan sehingga sekarang.


Banjir di Kelantan menenggelamkan hampir semua di Kelantan tahun 2014

Sumber: Google


Banjir terkini yang tidak seteruk tahun 2014
Sumber: Google


Kawasan Kuala Lumpur juga dikenali sebagai kawasan berlakunya banjir kilat yang juga berlaku baru-baru ini akibat hujan lebat dan longkang gagal menampungnya yang mengakibatkan banjir kilat. Sistem perparitan di kawasan Kuala Lumpur perlu dibaikpulih. Penebangan pokok secara berleluasa pula mesti dikawal secara ketat. Segala amalan rasuah perlu dibendung dan dihapuskan oleh kerajaaan secara adil dan telus. 


Banjir di sekitar Masjid Jamek

Sumber: Google


Saya juga difahamkan kawasan Cameron Highlands sering diteroka oleh warga asing dan mengapa begitu mudah mereka meneroka kawasan hutan di Pahang. Kalau kita lihat udara dan suhu pada zaman dahulu di kawasan hutan lebih segar,bersih dan sejuk berbanding sekarang. Ini mengakibatkan tanah runtuh sering terjadi di kawasan Tanah Rata Pahang.



Tanah runtuh di kawasan Cameron Highlands

Sumber: Google

🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊🌊

Sekian sahaja dari saya, Salam sayangi alam sekitar.

Assalamualaikum dan tata..🌿🌿🌿








Wednesday, December 2, 2020

High altitude balloon vs Hot air balloon

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua

Harini Rin nak cerita pasal apa yang dah info yg saya dapat daripada program citra iaitu teknologi angkasa dari Dr Mimi dari USM.

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Apa itu high altitude balloon?

Ia merupakan belon yang dilepaskan ke udara untuk tujuan sesuatu data seperti payloads yang diletakkan kamera padanya dan akan meletup pada bila-bila masa dan terjun ke bawah menggunakan payung terjun.


Apa perbezaan High Altitude Balloon(HAB) dan Hot Air Balloon(HOB)?

HAB ni jarang ada orang naiki tetapi boleh dinaiki untuk tujuan data dan sebagainya. 

HOB memang kita tahu boleh dinaiki orang untuk tujuan rekreasi dimana perlu memanaskan udara di dalam belon dan akan naik ke udara disebabkan tekanan udara di dalamnya.. 


High Altitude Balloon


Hot Air Balloon

Sumber:Google


Adakah HAB ini boleh menjana pendapatan? 

HAB kini boleh dijadikan sebagai bisnes sebagai pelancaran, video yang menarik dari lapisan udara yang begitu tinggi dan terdapat perancangan untuk membuat space tourism menggunakan alat ini. 


Apakah contoh aplikasi yang menggunakan HAB? 

1) Buat pengetahuan semua HAB di Malaysia akan dilepaskan setiap hari iaitu belon pengkaji cuaca kira-kira dalam 2 kali sehari dengan membawa alat Radiosonde yang akan digunakan untuk mengambil suhu. Sebelum dilepaskan, kita perlu mendapatkan keizinan Civil Authority Aviation Malaysia(CAAM) supaya kawasan yang berhampiran tidak akan berlanggar dengan apa-apa objek di udara seperti kapal terbang..✈✈✈

-Kebiasaannya, HAB tidak akan dilepaskan sewaktu hujan dan terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira seperti penggunaan bateri yang sesuai dengan suhu kerana bateri mempunyai kimia yang sangat sensitif kepada haba. Dan juga bahan material HAB tersebut perlulah plastik dan bukannya getah.

-Lebih menakjubkan lagi, terdapat juga perancangan beberapa syarikat untuk melancarkan roket menggunakan HAB.

2)Dijadikan sumber alat komunikasi

Di  Kenya,mereka sudah menggunakan HAB yang dikendalikan oleh Syarikat Google Loon untuk berhubung dengan satelit dimana kosnya adalah rendah berbanding menggunakan Tower yang akan mengorbankan pokok-pokok jalan di hutan. Dengan ini,kita dapat memelihara alam sekitar. Mungkin suatu hari nanti di Malaysia kita akan menggunakan HAB dan bukannya Tower lebih-lebih lagi untuk kawasan pedalaman.πŸŒ³πŸŒΏπŸ€πŸŒ΅πŸŒ²


Google Loon yang telah digunakan di Kenya
Sumber: Google

 3)Space photography

Syarikat SAMSUNG  pernah melancarkan keluran terbarunya menggunakan HAB untuk mengambil gambar di ruang angkasa menggunakan telefon. Mereka turut menawarkan perkhidmatan apa-apa video untuk tujuan hadiah atau kejutan kepada sesiapa.


Apakah cabaran menggunakan HAB?

Alat komunikasi semestinya semua berat-berat belaka jadi mereka akan cuba untuk tidak memaksimumkan payloads melebihi 6 kg.

HAB perlu berada di udara dengan lebih lama jika selalu diaplikasikan dan memerlukan perundingan dengan CAAM dengan lebih lanjut.

Bagaimana untuk memastikan bahan material HAB bertahan di udara dengan lebih lama dengan menggunakan plastik.




Risiko menggunakan HAB yang belum pasti tentang  jangka hayatnya.
Sumber: Google

🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈🎈

Saya berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat baru-baru iniπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„

Sekian dari saya.... Assalamualaikum dan tata.πŸ‘‹πŸ‘‹









Penghargaan/penutupan blog assignment

 Assalamualaikum semua pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih tidak terhingga kepada pensyarah saya iaitu Puan Shazlinda atas tu...